Friday 24 June 2011

Inside the Dashboard - Kia Forte









Sunday 12 June 2011

Dynamax™ AWD system

Saturday 4 June 2011

Bukan semua jenama hebat terbaik?



'WOW' adalah antara luahan perasaan bagi mereka yang pernah memandu uji kereta Kia Forte terbaru. Selain pemanduan tanpa penghidup enjin tanpa kunci, ia turut menawarkan sistem pengunci yang hanya perlu menekan punat kecil pada pemegang pintu.

Begitulah hebat kereta buatan Korea yang semakin menawarkan kelainan pada produk yang dikeluarkan. Ciri-ciri itu sebelum ini banyak diperlihat atau digunakan pada kereta-kereta mewah.
Namun begitu, kelebihan itu selain prestasi enjinnya yang mantap dan kendalian pemanduan yang selamat, masih lagi menyaksikan keraguan sesetengah pihak untuk membeli kereta asing berkenaan kerana khuatir dengan nilai jualan baliknya yang rendah.
Perlukah nilai jualan balik itu menjadi satu-satunya keutamaan dalam membeli kereta kerana produk itu sebenarnya bukan lagi satu pelaburan tetapi alat untuk memudahkan pergerakan seseorang.
Selain kualiti tinggi, sesetengah kereta menjadi mahal semata-mata kerana jenamanya telahpun popular.
Belilah kenderaan mengikut kemampuan. Banyak kereta yang jenamanya sedang meningkat naik ternyata mempunyai reka bentuk yang baik dan teknologi juga terkini setanding dengan nama-nama besar yang lain.
Kenyataan menguar-uarkan kehebatan sesuatu jenama dan memburukkan yang lain seringkali berlaku sedangkan apa yang perlu kita ketahui bahawa semua kenderaan tanpa mengira jenamanya akan jatuh nilainya.
Malah, suatu ketika dahulu jenama Samsung atau LG dari Korea dianggap produk kelas bawahan tetapi kini segala-galanya berbeza. Reka bentuk dan kualiti produk yang ditawarkan seiringan dengan perkembangan masa menjadikannya rebutan ramai.
Mungkin sudah tiba masanya, perubahan minda dilakukan, produk terbaik tidak semestinya semata-mata datang daripada Jepun atau Eropah. Malah, di dalam dunia tanpa sempadan, teknologi terkini dan terhebat kini dicipta dimana-mana termasuk Malaysia.
Kia Motor, lima tahun dahulu dilihat sebagai syarikat Korea yang ketinggalan tetapi kini ia mempunyai lebih 8,000 jurutera pembangunan penyelidikan dan pusat reka bentuk di Jerman. Hyundai-Kia yang turut menguasai Kia Motor, merupakan pengeluar kereta kelima terbesar di dunia.
Tidak ramai yang mengetahui syarikat yang mengeluarkan kereta yang didakwa kelas bawahan, kini turut membekalkan teknologi enjinnya kepada syarikat pengeluar utama Jepun dan AS.
Sehubungan itu, dalam memenuhi hasrat untuk memiliki kereta untuk diri sendiri atau keluarga, seseorang perlu mengambil kira juga kualiti, keselesaan memandu, boleh dipercayai kemampuan, tahap keselamatan dan mempunyai ciri-ciri yang menawarkan nilai kepada wang yang dibelanjakan.
Kita sewajarnya membuat pembelian berdasarkan maklumat yang betul dan tepat.